Sunday, 5 June 2016

Teater Lela Manja Di Istana Budaya Julai Ini



Nabila Huda dan Aeril Zafril membintangi pementasan Lela Manja di Istana Budaya Julai ini. Foto Khaliq Radzi fotoBERNAMA



Oleh Khaliq Radzi

KUALA LUMPUR 3 Jun (Bernama) -- Creative Impact Solutions dengan kerjasama Istana Budaya akan mempersembahkan teater berjudul 'Lela Manja' bulan depan.

Teater Lela Manja, yang akan diadakan pada 22-24 Julai dan 29-31 Julai ini, berkonsepkan bangsawan dan rakyat. Ia adalah adaptasi dari filem klasik Melayu yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1960.

Pengarah Teater, Ramlan Lani berkata pementasan teater ini bertujuan menengahkan filem klasik Melayu ke pentas teater dan mengangkat martabat teater klasik di persada antarabangsa.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment