Sunday, 5 June 2016

Aisy Asyraf Cetusan Kreatif Imam Muda Asyraf

Oleh Muhammad Zaini Mohd Zin

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Imam Muda Asyraf buat julung kali telah melancarkan rangkaian pakaian jenama sendiri iaitu Aisy Asyraf di Space Seven, Shah Alam baru-baru ini.

Antara koleksi yang diketengahkan melalui jenama Aisy Asyraf ini adalah kurta versi Melayu, jubah lelaki dan baju Raihan. Kesemua koleksi ini bertemakan fesyen semasa gabungan moden, kontemporari dan tradisi.

"Saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang terlibat dalam industri fesyen dan saya bukanlah arif mengenai fesyen tetapi minat ini saya ingin ketengahkan di dalam bidang keusahawanan," kata Asyrafsemasa pelancaran.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment