Saturday, 11 June 2016

Keadaan Sultan Johor Stabil, Tidak Perlu Bimbang - MB Johor


JOHOR BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Rakyat tidak perlu berasa bimbang dengan keadaan kesihatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang kini dilaporkan stabil, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata baginda kini sedang berehat secukupnya dan akan sihat seperti sedia kala.

"Saya telahpun melawat baginda pada Jumaat lalu selepas mendapat maklum keadaan baginda. Bagaimanapun, baginda berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

Friday, 10 June 2016

Wednesday, 08 June 2016
 

Timor-Leste Keen To Become Full-Fledged ASEAN Member

By S. Joan Santani


Timor-Leste Prime Minister Rui Maria de Araujo with Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. -- fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR, June 7 (Bernama) -- Timor-Leste is keen to become a full-fledged member of the ASEAN bloc, which upon completion of economic assessments, will see its entry as the 11th member.

Timor-Leste Prime Minister Rui Maria de Araujo said the country has been through the assessments in the the last five years, with the secretariat now having the final report.

"We expect that the next ASEAN meeting in Laos will discuss the results of the assessments after which we will know when Timor-Leste will be formally accepted into the group," he told Bernama on the sidelines of the recent World Economic Forum (WEF) on ASEAN 2016 here.

Pembangkang Gadai Prinsip Kedamaian Dan Keharmonian Kaum - Jamil Khir

YAN, 10 Jun (Bernama) -- Tindakan pembangkang memasang papan iklan dan kain rentang berbaur perkauman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar disifatkan sebagai menggadai prinsip kedamaian dan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan itu menyebabkan keharmonian kaum telah tercalar gara-gara mahu memancing undi.

"Negara ini terkenal dengan perpaduan yang kukuh dengan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mana negara luar telah menjadikan Malaysia sebagai model dan contoh terbaik untuk diikuti.

"Kita bimbang sekiranya provokasi melampau akan berlaku ketegangan lebih teruk sekali gus menyebabkan keharmonian tercalar," katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid dalam Parlimen Jerai di Pejabat UMNO Bahagian Jerai di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata sepanjang Ramadan ini semua parti politik perlu menjalankan kempen secara harmoni dan tidak melangkaui batasan sepatutnya.

"Provokasi seperti yang berlaku pada PRK Sungai Besar baru-baru ini wajar disekat dari awal bagi mengelak insiden tidak diingingi dan kita perlu berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kena memantau kes tersebut," katanya.

Selain papan iklan berunsur perkauman dan fitnah dinaikkan di Sekinchan pada 8 Jun lepas, polis turut menerima laporan berhubung papan iklan berunsur fitnah turut dipasangkan di Kuala Kangsar, semalam.

-- BERNAMA

Wednesday, 8 June 2016

Abuser Richard Huckle's parents 'begged police to take him away'


FROM BBC NEWS UK - 2 JUNE 2016

The parents of a man who committed numerous sex crimes against Malaysian children begged police to take him away, a court has heard.
Richard Huckle, 30, from Ashford in Kent, admitted committing the offences against victims aged between six months and 12 years between 2006 and 2014.
The Old Bailey heard that, when he told his parents what he had done, they called the police.
His sentencing hearing, which began on Wednesday, is due to finish on Friday.
The 91 charges against him related to 23 children from mainly poor communities in the Malaysian capital of Kuala Lumpur.
He admitted 71 of the charges and the prosecutor asked that the other counts "lie on file".

'Upset and angry'

Huckle, a freelance photographer, was arrested at Gatwick Airport by National Crime Agency officials in December 2014.
Prosecutor Brian O'Neill QC told the court that Huckle refused to answer officers' questions and his computer equipment was seized.
He was bailed on condition he return to his parents' home. The next day his mother asked him about the allegations and he admitted he had had sex with children aged between three and 13.

How Huckle was caught




THE BBC'S ANGUS CRAWFORD TRACES THE PATH OF RICHARD HUCKLE IN KUALA LUMPUR

By Angus Crawford, BBC News
One word and a freckle indirectly led to Richard Huckle's arrest.
Police in Australia and Europe were aware of a paedophile site called the Love Zone hidden in the so-called dark web. It was protected by passwords, encryption and specialist software. Users were totally anonymous.
The images and videos there were particularly disturbing - showing the abuse of babies and very young children.

Mr O'Neill said: "His mother was both extremely upset and extremely angry. She and his father called the police and asked them to take their son away.
"Both have made witness statements in support of this prosecution."
It is believed Huckle abused up to 200 children. He boasted about his crimes on the "dark web", saying in one online discussion that "Impoverished kids are definitely much easier to seduce than middle-class Western kids."
Details of the abuse can only now be reported after a court order put in place to protect the victims from other online abusers was lifted.
Huckle, who presented himself as a practising Christian, first visited Malaysia on a teaching gap year when he was 18 or 19. He went on to groom children while doing voluntary work.

Paedophile manual

Investigators uncovered numerous indecent pictures and videos Huckle took of himself abusing girls and boys. More than 20,000 indecent images were found on his computer.
Huckle wrote a paedophile manual called "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide", as well as a series of notes in which he detailed rapes and various sex acts.
The encrypted manual was on Huckle's laptop ready for publication on the "dark web". At his first plea hearing at the Old Bailey, it took more than an hour to read out all the charges.
At an earlier hearing, Judge Peter Rook QC told Huckle the charges amounted to "sexual offending of the utmost gravity" and said he was "considering life sentences" in his case.
An NSPCC spokesman said Huckle's "delight in abusing babies and toddlers" which he boasted about on the internet showed "the depths of his warped depravity".
The charity also called on internet service providers to "cleanse the web of these images and prevent them from being viewed in the first place"

PRK Sungai Besar: Kempen Calon Amanah Dibayangi DAP

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Bernama) -- 'Boneka DAP'. Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur, apabila kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar jelas dibayangi DAP.

Ini dapat dilihat menerusi pendekatan bersemuka dengan rakyat oleh Azhar, khususnya kawasan majoriti Cina yang terpaksa 'mengusung' pemimpin tertinggi DAP untuk sama-sama turun padang berjumpa masyarakat setempat.

Hasil tinjauan Bernama mendapati, usaha Azhar bertemu rakyat di Pasar Sari Selasa di Sekinchan yang turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan itu, Ng Suee Lim juga sedikit hambar.

Apa yang pasti, masyarakat Cina termasuk peniaga di pasar sari itu dilihat lebih teruja berjumpa dan bersalaman dengan Kit Siang dan Suee Lim berbanding Azhar.

Kelihatan sedikit kekok, Azhar yang turun berkempen bersama isterinya, Nor'adzimah Hassanuddin, hanya sekadar tersenyum dan kebanyakan masyarakat Tiong Hua yang ditemui lebih memberikan fokus perbualan kepada pemimpin DAP berkenaan.

DUN Sekinchan dalam Parlimen Sungai Besar mempunyai 16,055 pengundi berdaftar yang mana 9,139 daripadanya adalah kaum Cina, Melayu (6,524 pengundi) manakala bangsa India 363 pengundi.

Berbaki 10 hari lagi tempoh berkempen, kehadiran Azhar ke Pasar Awam Sungai Besar, di sini pula juga disambut hambar yang mana rata-rata rakyat setempat sekadar membalas senyumannya, malah ada juga yang enggan menerima risalah dan sapaannya.

Walaupun jentera Amanah berusaha gigih memperkenalkan calon menggunakan pembesar suara, namun kebanyakan pengunjung pasar awam itu dilihat lebih kepada meninjau dan melihat pergerakan Azhar dan pengikutnya berbanding cuba mendekatinya.

Azhar merupakan calon pertama yang diketengahkan Pakatan Harapan menerusi Amanah bagi pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

-- BERNAMA

Pasang Papan Iklan Berunsur Provokatif Langgar Etika Berkempen - SPR

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Bernama) -- Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

"Pihak SPR sekali lagi mengingatkan bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan menaikkan papan iklan berbaur perkauman dan fitnah di Sekinchan, di sini.

Polis hari ini mengesahkan menerima satu laporan berkaitan perkara itu.

Menjelas lanjut, Mohd Hashim berkata sekiranya melihat kepada perkataan-perkataan pada papan iklan itu, jelas boleh termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan kempen pilihan raya yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran terhadapnya boleh diambil tindakan sewajarnya.

"Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

-- BERNAMA

Tuesday, 7 June 2016

Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Dadah Bernilai RM1.2 Juta

GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal dadah dan menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah bernilai RM1.2 juta di sebuah pangsapuri di Sungai Ara, Isnin lepas.

Dalam operasi itu, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3,838 pil ecstasy, 8.7 kilogram serbuk ecstasy, 300 gram ketamin, 75 gram kafeina, 105 gram syabu, ganja, 75 kilogram serbuk kafeina dan peralatan pemprosesan dadah dalam unit pangsapuri yang dijadikan makmal.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pasangan suami isteri yang berusia 31 dan 35 tahun ini dipercayai telah menjalankan aktiviti haram itu selama hampir setahun yang lepas.

-- BERNAMA

CERAMAH BERTAJUK ASOBIYAH POSITIF OLEH ALMARHUM UST UTHMAN EL MUHAMMADY



SESI SOAL JAWAB PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BERTAJUK GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN KONSEP ASSABIYYAH PADA 15 MAC 2012

CERAMAH RAMADAN UST HASLIM BAHARIM PADA 2013


CERAMAH TAJUK : ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR KU

MASJID AL ISLAMIAN, KAMPUNG LINDUNGAN, PETALING JAYA 2013

Indonesia facing high beef prices during Ramadan


Demand for beef always rises during the Islamic holy month of Ramadan, which begins in Indonesia today, as followers break day-long fasts with communal meals.
Indonesians will be faced with high beef prices throughout the religious period of Ramadan, despite efforts by its government to fast-track imports of boxed beef.
Speaking to ABC Rural on the eve of Ramadan, Hafid Wahyu, chairman of Gapuspindo, which represents Indonesian feedlots and cattle producers, said there would be enough beef for Ramadan, but it would be expensive.
"Frankly speaking, the beef [supply] is not enough," he said.
"But Indonesia can adjust and adopt, so despite the high price everything will be all right [for Ramadan]."
Mr Hafid said the average price of beef around Jakarta's wet markets was about Rp120,000 a kilogram ($12.13/kg), which was unaffordable for many Indonesians.
He said the beef price had been consistently high since the Indonesian Government's decision to cut import permits for Australian cattle in the third quarter of last year.
He said Indonesian feedlots were still recovering and many were only running at 50 per cent capacity.
The Indonesian Trade Ministry has recently increased the country's beef import quota to 27,400 tonnes, nearly triple the Agriculture Ministry's recommendation.
But according to Mr Hafid, the importation of extra boxed beef won't have any effect on price.
"Indonesians love fresh beef that's been slaughtered last night," he said.
"Ninety per cent of the consumption is fresh beef. The other 10 per cent is the imported [boxed beef], which is for the meat processing industry.
"It goes to sausages, burgers and some of the meatballs. But for the daily usage [of Indonesian consumers] fresh beef is 90 per cent of the consumption."
He said a lot of boxed beef had already been imported, but was proving difficult to sell.
"There's a lot of boxed beef, I don't know where it's come from, and it's selling for Rp40,000 a kilogram, so it's half the price our [government] wants, but still nobody wants it.
"So we need the fresh beef."
Indonesia issued around 250,000 permits to import cattle from Australia during the second trimester of 2016, with many cattle from Australia's north already shipped during the month of May.
However, those animals are destined to spend at least 100 days in Indonesian feedlots and won't be ready in time for the needs of Ramadan.
Mr Hafid said there would be a lot of Indonesian families enjoying Australian beef in Rendang curries this week.

Ketelusan Adalah Prinsip Utama Bagi Sebarang Akta Pembiayaan Politik, Kata Pakar

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ketelusan perlu menjadi perkara utama bagi mana-mana undang-undang yang mengawal pembiayaan politik kerana para pengundi harus tahu mengenai pihak yang membayar dan menyokong calon atau parti mereka semasa kempen pilihan raya, menurut seorang pakar dalam pengurusan program bantuan pilihan raya.

Kevin Evans, yang bertanggungjawab mengurus program bantuan pilihan raya berpusat di Indonesia, berkata amat penting bagi pengundi untuk tahu siapa penyokong utama calon dan parti mereka.

" Yang menjadi kebimbangan adalah ada individu atau organisasi yang membiayai kempen parti politik tertentu boleh mendapat hak keistimewaan, hanya kerana mereka telah 'membayar untuk itu'.

" Apa yang dibimbangkan tindakan seumpama itu boleh membawa kepada rasuah," katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu Persidangan Antarabangsa mengenai Integriti Politik: Pengukuhan Ketelusan dalam Pembiayaan Politik yang diadakan baru-baru ini.

Dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), persidangan dua hari itu menyaksikan pakar-pakar pengurusan politik dari Mexico, Korea Selatan, Indonesia dan Taiwan berkongsi pengalaman masing-masing dalam menguruskan sistem pembiayaan politik negara mereka.

Evans, rakyat Australia yang bekerja untuk Agensi Pemulihan dan Pembangunan semula Aceh dan Nias selain Perkongsian Pembaharuan Tadbir Urus di Indonesia, menyertai salah satu perbincangan panel ketika persidangan tersebut. Beliau berkongsi pandangan mengenai pengalaman Indonesia dalam pembiayaan parti dan kempen.

PULANGAN ATAS PELABURAN

Beliau yang banyak menulis mengenai pilihan raya serta undang-undang politik berkata, apabila undang-undang memerlukan parti politik untuk mendedahkan identiti penyumbang mereka kepada orang ramai, mereka lebih cenderung untuk mengatakan "Tidak" kepada pihak penaja yang mengharapkan "pulangan ke atas pelaburan yang dibuat".

"Jika tiada siapa yang tahu mengenai kaitan kewangan (antara calon/parti dan penderma), orang ramai tidak akan tahu bahawa wujud 'pihak berkepentingan' di sebalik sebarang keputusan yang dibuat," katanya.

Mengenai bagaimana sesuatu undang-undang khusus yang mengawal pembiayaan politik boleh menangani isu rasuah dan meningkatkan integriti parti politik, Evans berkata penubuhan satu pihak berkuasa untuk mengawal tindakan parti politik, terutamanya yang berkaitan pergerakan kewangan, akan dapat membantu dalam memberi perlindungan dan kesahihan dengan lebih baik.

Menegaskan bahawa pentingnya untuk menggubal satu akta Parlimen, dan bukan sekadar mewujudkan peraturan kerajaan atau kementerian dalam menyelia pembiayaan politik, beliau berkata dengan hanya meminta agar parti mendedahkan identiti penderma adalah tidak mencukupi untuk memastikan ketelusan.

"Perlulah ada cara untuk mengesahkan dakwaan mereka itu dan juga untuk menghukum sesiapa sahaja yang melanggar prinsip ketelusan," katanya.

Beliau berkata semua perkara berkaitan dengan demokrasi mempunyai peraturan tertentu, biasanya sebagai akta atau sebahagian daripada akta yang berkaitan umpamanya Akta Pilihan Raya atau Akta Parti, untuk mengawal selia isu pembiayaan politik, sama ada untuk pengurusan parti atau kempen pilihan raya.

DERMA TIDAK TERBATAS

Sementara itu, Felo Penyelidik Bersekutu di Pusat Kajian Pilihan Raya di National Chengchi University di Taiwan, Eric Chen-hua Yu berkata di Taiwan, kesemua derma politik perlu didepositkan ke dalam satu akaun khusus di institusi kewangan.

Di bawah Perkara 10 Akta Sumbangan Politik (PDA) 2004, adalah diwajibkan bagi setiap calon membuka akaun khas untuk sumbangan politik sebelum mereka boleh menerima dana daripada orang lain, katanya sambil menegaskan, "Wang itu tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi".

Mereka yang disabitkan dengan kemasukan dana politik ke dalam akaun peribadi berhadapan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun, penahanan dan juga boleh dikenakan denda tidak melebihi NT$100 juta (RM12.7 juta).

Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan pada persidangan itu, yang bertajuk "Institusi Derma Politik dan Dana Kempen di Taiwan", Yu berkata di bawah Perkara 13 PDA, parti politik dan orang yang merancang untuk menyertai kempen pilihan raya tidak boleh mengumpul sumbangan politik dengan "menetapkan tempoh atau tidak dipastikan, bon dengan faedah atau tanpa faedah atau jaminan lain kepada individu yang tidak dipastikan."

Beliau berkata setiap tahun, parti politik hanya boleh menerima sumbangan sehingga NT$300,000 (RM38,014) daripada individu; NT$3 juta (RM380,139) daripada perniagaan berasaskan keuntungan; dan NT$2 juta (RM253,426) daripada persatuan awam.

Bagi individu, perniagaan berasaskan keuntungan atau persatuan awam, sumbangan kepada parti politik, masing-masing tidak boleh melebihi NT$600,000(RM76,127), NT$6 juta (RM760,802) dan NT$4 juta (RM507,201), setiap tahun.

SISTEM KAWALAN DAN AUDIT

Wakil Institut Pilihan Raya Nasional Mexico (INE) Carlos Navarro, dalam kertas kerjanya bertajuk "Peraturan dan Pengawasan Parti dan Pembiayaan Kempen: Pengalaman Mexico", berkata INE bertanggungjawab melaksanakan pengawasan dan pengauditan semua pendapatan kewangan dan perbelanjaan parti politik dan calon di seluruh negara, untuk semua jenis pilihan raya.

Pada tahun-tahun bukan pilihan raya, parti politik dikehendaki mengemukakan laporan suku tahunan kewangan mereka dan laporan tahunan yang disatukan, yang perlu disahkan oleh juruaudit luar, katanya.

Semasa pilihan raya atau tempoh kempen, parti perlu mendaftarkan kesemua pendapatan kempen atau perbelanjaan bagi setiap calon dalam tempoh tiga hari ke dalam sistem dalam talian khusus yang diwujudkan dan dikendalikan oleh INE, dan kemudiannya perlu mengemukakan laporan bulanan yang disatukan bagi setiap calon, dan laporan akhir yang disatukan tiga hari selepas tamat tempoh kempen pilihan raya.

"Jika siling perbelanjaan kempen calon yang menang melebihi lebih daripada lima peratus, pilihan raya itu boleh dibatalkan oleh Tribunal Pilihan Raya dan ini hendaklah dilaksanakan sebelum majlis mengangkat sumpah memegang jawatan," kata Navarro.

Beliau menjelaskan bahawa sistem pengawasan menyeluruh dan kekal serta sistem audit mempunyai empat komponen iaitu sistem laporan dalam talian, sistem pemantauan, lawatan pengesahan dan pertukaran atau semakan maklumat dengan pihak lain.

Di Mexico, undang-undang yang mengawal pembiayaan politik mengiktiraf dan mengawal pembiayaan persendirian daripada empat sumber: ahli parti, penyokong parti (tertakluk kepada had individu dan global), pembiayaan sendiri (untuk aktiviti promosi) dan hasil kewangan.

Antara yang dihalang daripada membuat sumbangan kepada parti politik adalah parti politik asing, individu dan entiti perundangan; gereja atau persatuan keagamaan; dan rakyat Mexico yang tinggal atau bekerja di luar negara.

INTEGRITI DAN DEMOKRASI

Sementara itu, Navarro mengakui bahawa peraturan, kawalan dan pengawasan pembiayaan parti dan kempen merupakan isu yang sangat kompleks dan sukar difahami, yang tiada penyelesaian mudah mahupun universal.

Beliau berkata walaupun kaedah undang-undang adalah mengikut perkara yang ditetapkan, masalah-masalah yang perlu ditangani hendaklah dikenal pasti dengan jelas.

" Peraturan menggambarkan kesungguhan politik, namun penguatkuasaan yang berkesan memerlukan kuasa, kemampuan dan sumber. Jika peraturan itu tidak diikuti dengan sistem kawalan dan pengawasan yang sesuai bagi membolehkan pihak berkuasa berkenaan mengkaji laporan, menyiasat pelanggaran dan mengenakan sekatan, ia akan menjadi tidak berkesan dan tidak berguna.

"Tidak ada sistem yang kebal terhadap penyelewengan dan pelanggaran, tetapi ia perlu dibentuk untuk menyiasat, menyekat dan mengelakkan persepsi sewenang-wenangnya. Seringkali, apa yang dipertaruhkan bukan sahaja integriti dan kredibiliti pilihan raya dan keputusannya, malah juga kesahihan institusi dan proses demokrasi," katanya.

-- BERNAMA

Ambil Pengajaran Daripada Kes Pedofil Richard Huckle - Najib



Datuk Seri Najib Tun Razak (Gambar fail Bernama)
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mengambil pengajaran daripada kes pedofil warga Britain, Richard Huckle bagi mencegah kanak-kanak Malaysia daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada situasi atau keadaan di mana orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas mereka.

"Mereka yang bertanggungjawab ke atas penjagaan kanak-kanak mestilah lebih prihatin dan peka bagi mencegah perbuatan terkutuk ini dari berlaku," kata Najib di laman Facebook.

Perdana menteri berkata beliau berasa amat marah dan sedih apabila mengetahui mengenai kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak Malaysia oleh Huckle.

Huckle, 30, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Britain selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Dia dikehendaki menjalani hukuman minimum penjara 25 tahun.

Dia dilapor melakukan pelbagai kesalahan bersifat seksual ke atas 200 kanak-kanak Malaysia berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dari 2006 hingga 2014.

-- BERNAMA
The White House
Office of the Press Secretary
For Immediate Release

Statement by the President on the Occasion of Ramadan

As another new moon heralds the start of the holy month of Ramadan, Michelle and I extend our best wishes to Muslims across the United States and around the world.
For many, this month is an opportunity to focus on reflection and spiritual growth, forgiveness, patience and resilience, compassion for those less fortunate, and unity across communities. Each lesson is profound on its own, and taken together forms a harmonious whole. It’s also a time of year that brings some of the best dishes to the table across the world as families and neighbors gather for iftar.
Here in the United States, we are blessed with Muslim communities as diverse as our nation itself. There are those whose heritage can be traced back to the very beginning of our nation, as well as those who have only just arrived. Doctors, lawyers, artists, teachers, scientists, community organizers, public servants, and military members, each night will all break their fasts together in cities across America.
 As Muslim Americans celebrate the holy month, I am reminded that we are one American family.  I stand firmly with Muslim American communities in rejection of the voices that seek to divide us or limit our religious freedoms or civil rights. I stand committed to safeguarding the civil rights of all Americans no matter their religion or appearance. I stand in celebration of our common humanity and dedication to peace and justice for all.
And in this month of reflection, we cannot forget the millions of lives that have been displaced by conflict and struggle, across the world and in our own backyards. Far too many Muslims may not be able to observe Ramadan from the comfort of their own homes this year or afford to celebrate Eid with their children. We must continue working together to alleviate the suffering of these individuals. This sacred time reminds us of our common obligations to uphold the dignity of every human being. We will continue to welcome immigrants and refugees into our nation, including those who are Muslim.
As I have done throughout my presidency, I look forward to opening the doors of the White House to Muslim Americans during this special occasion – this year for an Eid celebration marking the end of Ramadan. I can think of no better way to mark my Administration’s last celebration of Ramadan as President than to honor the contributions of Muslims in America and across the world for Eid. Ramadan Kareem.

###

'Longest' Muslim holy month of Ramadan in 33 years begins

  • 6 June 2016
  •  
  • From the sectionUK
Muslims praying in London
Muslims in the UK are facing the "longest" Ramadan in 33 years, as the holy month coincides with the summer solstice, meaning long days of fasting.
Many Muslims will not eat or drink water during daylight, which at this time of year can last about 16 to 19 hours, depending on your UK location.
Fasting ends at sunset with a meal, known as the Iftar.
Ramadan is determined by the lunar cycle and will run from 6 June to about 5 July this year.
The timing shifts each year in relation to the Western calendar.
Earlier this year, exam boards said key GCSE and A-level examinations were timetabled this summer to take into account the holy month.
The Muslim Council of Britain has warned those who are fasting to be careful during long and hot daylight hours.
It says that as dehydration is a serious risk during hot weather, it is important to drink plenty of water between Iftar (sunset meal) and Suhoor (pre-dawn meal).
London's first Muslim mayor, Sadiq Khan, tweeted that fasting "won't be easy" and said he would miss coffee the most.

Ramadan Timetable (London)

London Central Mosque
The first week:
  • Monday, 6 June - Fast begins 02:46 BST, fast ends 21:17 BST
  • Tuesday, 7 June - 02:45, 21:17
  • Wednesday, 8 June - 02:44, 21:18
  • Thursday, 9 June - 02:43, 21:19
  • Friday, 10 June - 02:42, 21:20
  • Saturday, 11 June - 02:41, 21:20
  • Sunday, 12 June - 02:40, 21:21
These times are from the London Central Mosque Trust Ltd; check your local mosque for times in other areas.

Prime Minister David Cameron tweeted: "To everyone in Britain and around the world observing the holy month of Ramadan, I wish you Ramadan Mubarak."
It was posted alongside a video message, in which he spoke of a multi-faith Iftar (the meal after sunset) being held in Coventry Cathedral.
"In Manchester, they're combining an Iftar with England's European Championships appearance," he said.
"And homeless shelters up and down the country are holding Iftars with the Homeless".
He also said this Ramadan was a time to "renew our resolve" to help those whose lives had "been torn apart" by Syria's civil war and so-called Islamic State.
"All those families spending this holy month in refugee camps, mourning loved ones, yearning to go back to school or work, wondering whether they'll ever return home again," he said.
"Our thoughts, whatever our backgrounds or beliefs, are with them."

What is Ramadan?

Ramadan is the ninth month of the Islamic calendar and a time when Muslims will fast during the hours of daylight. It lasts for 29 or 30 days.
Muslims believe the Koran was first revealed to the Prophet Muhammad during this month.
As one of the five pillars of Islam, fasting is obligatory for all healthy Muslims - a test of patience and endurance whilst refraining from eating and drinking, and sexual activity.
It is common to have one meal, known as the Suhoor, just before dawn and another, known as the Iftar, directly after sunset.
The end of Ramadan is marked by "Eid-ul-Fitr", the Festival of the Breaking of the Fast.

TPM Ahmad Zahid Luangkan Masa Tinjau Bazar Ramadan Di Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR, 7 Jun (Bernama) -- Walaupun sibuk dengan jadual yang padat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tidak melepaskan peluang menyertai orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di Arena Square di sini.

Beliau tiba di bazar itu pada 5.20 petang dan meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau bazar tersebut sambil membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

Turut mengiringinya Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan anak-anak calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, 26, dan Wan Iskandar, 23 tahun.

Orang ramai yang hadir juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar kenangan bersama pemimpin nombor dua negara itu.

Ahmad Zahid yang memakai kemeja berwarna biru itu juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menggoreng roti boom.

Seorang peniaga yong tau fu, Lela Yusof, 40, berkata beliau sangat teruja apabila Timbalan Perdana Menteri sudi datang ke kedainya dan membeli makanan itu.

"Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana membeli yong tau fu dalam kuantiti yang banyak dengan harga RM200," katanya yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu.

Zainah Ahmad, 56, berkata perasaannya berdebar-debar ketika melayan pemimpin nombor dua negara yang membeli beberapa jenis lauk di gerainya.

"Saya berpeluh-peluh ketika melayan beliau kerana ini pertama kali saya terima pelanggan daripada orang kenamaan," katanya.

Ahmad Zahid kemudian ke majlis berbuka puasa bersama masyarakat dan penduduk tempatan di Masjid Al ansar, Senggang sebelum menunaikan solat isyak, tarawih dan moreh di Masjid Sayong Lembah, PDM Sayong Lembah.

-- BERNAMA

Lindungi pembeli tiket penerbangan dalam talian - CAP

SELASA, 7 JUN 2016 @ 5:53 PM 


GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan menangani segera masalah berkaitan tempahan tiket penerbangan secara dalam talian. 

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata CAP menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung perkara itu. 

Katanya, ia sering berlaku kepada pengguna yang tidak begitu celik komputer atau berhati-hati ketika menempah tiket terutama melibatkan pilihan tambahan seperti insurans penerbangan dan pemilihan tempat duduk yang melibatkan kos tambahan. 

"Seseorang yang menempah tiket secara dalam talian perlu memadamkan tanda pada kotak yang disertakan bersama pernyataan bahawa jika tanda tersebut tidak dipadam maka ia dianggap mereka telah bersetuju untuk membeli polisi insurans perjalanan. 

"Kotak pratanda ini berada dalam muka surat yang penuh dengan perkataan dan ini akan membuatkan mereka (pengguna) mudah terlepas pandang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata, syarikat penerbangan sering melindungi diri mereka dengan pernyataan seperti "Saya telah membaca dan memahami Pernyataan pendedahan Produk." 

Katanya, antara aduan diterima CAP ialah pengadu terpaksa membayar tambahan RM98 terhadap tiket penerbangan asal pergi balik Pulau Pinang-Bangkok sebanyak RM606 atas alasan tambang dalam talian berbeza sepenuhnya kerana tambang itu belum disahkan. 

Mohamed Idris berkata, di New Zealand syarikat penerbangan Jetstar secara rasmi telah menghentikan caj tersembunyi sejak Mac tahun ini selepas Consumer NZ dan rakan Australia, Choice mengadakan kempen 'Ditch the Tick' selama setahun. 

"Pihak berkuasa United Kingdom (UK) Financial Conduct Authority juga merancang untuk mengharamkan prapemilihan tambahan di bawah Peraturan Kontrak Pengguna", katanya. 

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa syarikat penerbangan tempatan untuk turut sama menghapuskannya. 

"CAP meminta Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan dengan serius bagi melaksanakan Peraturan Kontrak Pengguna UK (dilaksanakan pada 13 Jun 2014) untuk melindungi pengguna," katanya. - BERNAMA



PRESIDEN CAP, SM Mohamed Idris menunjukkan infografik mengenai pengguna "terpedaya" oleh tempahan tiket penerbangan atas talian pada sidang media di Bagan Serai. - Foto Muhammad Suhaib Mohd Shapiee 

PETIKAN: BERITA HARIAN ONLINE

Sederhana, Jangan Bazir Makanan Semasa Ramadan - Najib


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadan ini.

"Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.

"Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini," kata perdana menteri di laman Twitter dan Facebook beliau.

Dalam Facebooknya itu, Najib turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan sememangnya ditekankan dalam Islam.

-- BERNAMA

Khalid Ibrahim Tidak Bercadang Sertai Mana-mana Parti Politik


SUNGAI BESAR, 7 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya daripada PKR.

Katanya, beliau masih lagi menunggu keputusan daripada ROS sama ada pemecatannya daripada parti politik itu sah mengikut peraturan atau sebaliknya.

"Saya telah meminta ROS untuk menentukan sama ada berlaku ketidakadilan semasa saya dipecat pada Ogos 2015 dan saya masih menunggu keputusan itu," katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan mesra di pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR berikutan keengganan beliau untuk menyerahkan jawatan menteri besar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa diminta mengulas penglibatannya dalam kempen untuk calon PAS Dr Abdul Rani Osman pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, beliau berkata ia adalah untuk membalas budi parti itu yang sentiasa menyokongnya.

"Dalam pilihan raya umum 2007 dan 2013, PAS banyak membantu saya, begitu juga semasa krisis menteri besar Selangor pada 2014," kata Abdul Khalid.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi ditentang Dr Abdul Rani serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian pada 18 Jun.

-- BERNAMA

Saya Harap Nizar Bertaubat, Kata Ahmad Zahid


KUALA KANGSAR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertaubat apabila menggunakan nama 'Allah' dalam membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO itu berkata Mohammad Nizar sepatutnya berubah dan bermuhasabah diri kepada Allah apabila tidak lagi menjadi menteri besar.

"Saya tidak terkejut dengan perkataan (yang keluar) dari mulut beliau kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini," katanya.

-- BERNAMA

Monday, 6 June 2016

PRK Sungai Besar: BN Puas Hati Kerjasama Parti Komponen



Tan Sri Noh Omar
SUNGAI BESAR, 7 Jun (Bernama) -- Pergerakan jentera pilihan raya yang lebih tersusun dan kerjasama padu daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dipercayai mampu membantu calonnya Budiman Mohd Zohdi mengekalkan benteng parti di Sungai Besar.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata selain jentera UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan misalnya dilihat telah membuka bilik gerakan masing-masing bagi membantu kempen yang akan diadakan dalam bulan Ramadan ini.

"Setakt ini kita lihat MCA dan Gerakan misalnya mula turun padang dan berjumpa dengan pengundi Cina di Sekinchan dan kita lihat mereka (parti komponen) beri kerjasama cukup baik," katanya dalam sidang media, di sini.

-- BERNAMA

CERAMAH BULAN RAMADAN - KH ZAINUDDIN MZ



CERAMAH OLEH KH ZAINUDDIN MZ - PADA 23 JULAI 2014 - SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA.

Britain Akan Kerjasama Dengan Malaysia Lindungi Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Britain menyuarakan kesediaannya untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang perisikan jenayah dan dasar perlindungan kanak-kanak, termasuk dengan pihak berkuasa Malaysia.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Britain berkata United Kingdom (UK) memandang dengan amat serius kes pedofilia dan kesalahan terhadap kanak-kanak.

"Sekiranya warga Britain melakukan kesalahan demikian tidak kira di mana sahaja di dunia, kami akan berusaha membawa pelakunya ke muka pengadilan dan memastikan mangsa mendapat perlindungan dan rawatan sewajarnya. Kerjasama antarabangsa sangat penting dalam hal ini.

-- BERNAMA

Gerakan Bantu Warga Emas Tukar Kad Pengenalan Merah Di Sekinchan

SUNGAI BESAR, 6 Jun (Bernama) -- Kepayahan hidup seorang warga emas pemegang kad pengenalan merah untuk mendapatkan kad pengenalan biru mendapat perhatian Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini.

Naib Pengerusi Gerakan Special Task Force for Citizenship Ben Liew Pok Boon, berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk membantu You Ah Gong, 70, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapnya sekian lama.

"Kami (Gerakan) akan membantu You sehingga dia mendapat IC biru kerana dia melalui banyak kesukaran seperti susah dapat kerja dan mendapat bantuan kerajaan (BR1M)," katanya kepada pemberita semasa melawat rumah You di Sekinchan, Selangor hari ini. You yang pernah bekerja sendirian sebagai pembuat perabot menzahirkan rasa terima kasih kepada Gerakan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya sejak dia dilahirkan 70 tahun lalu.

-- BERNAMA

Polis Minta NCA Beri Maklumat Mengenai Huckle Untuk Kenal Pasti Mangsa

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Polis di Malaysia akan meminta Agensi Anti Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom memberi butiran mengenai pesalah pedofil warga Britain Richard Huckle untuk memudahkan usaha mengenal pasti mangsa.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata buat masa sekarang, pihaknya mengadakan perbicangan dengan NCA untuk memberikan butiran kes.

"Kita tengah berbincang dengan mereka untuk mendapatkan laporan berkenaan bagi memudahkan kita mengenal pasti mangsa yang terlibat.

-- BERNAMA