07 MEI 2016; 10.30 Pagi (SABTU) – Majlis Perasmian Festival Belia Kelantan 2016 telah diadakan pada 07 MEI 2016 bertempat di Perkarangan Padang Pusat Sivik, Gua Musang. Majlis dimulai dengan pelepasan peserta jamboree 2016 oleh YBrs. Tn Hj Fazam bin Mat Lazim (Pengurus Besar KESEDAR). Dianggarkan 700 peserta yang menyertai acara jamboree dari pelbagai daerah seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama juga acara Zumba dan Aerobik beramai-ramai turut diadakan di pentas utama yang disertai oleh peserta Larian Belia Benci Pil Kuda yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan KPTM serta orang ramai. Kira-kira jam 10.30 pagi ketibaan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke tapak program disambut dengan tarian naga. YBM Tengku Razaleigh dan VIP yang hadir dibawa untuk melawat Auto Car Show di Perkarangan Pusat Sivik Gua Musang.
Majlis diteruskan lagi dengan melawat sekitar booth jualan dan mencanting batik terpanjang yang berukuran kira-kira 600 meter. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan sewang beramai-ramai oleh masyarakat orang asli yang turut disertai oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan VIP yang hadir. Acara sewang ini telah berjaya menghimpunkan seramai 700 Orang Asli Gua Musang. Di pentas utama Mohd Syahbuddin Hashim selaku YDP Majlis Belia Kelantan (MBK) menyampaikan kata-kata aluan dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. Gimik perasmian dimeriahkan dengan acara memotong Kek Festival Belia Kelantan 2016. Acara kemuncak program diteruskan dengan cabutan bertuah yang berupa sebuah motorsikal EX5 yang disampaikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penyampaian Anugerah Belia turut disampaikan kepada Ikon Belia seperti Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Pasukan The Red Warrior Kelantan) dan Fazlisham Mat Hussin @ Issey Titan (Pengacara Mentor Millenia 2016). YBM Tengku Razaleigh Hamzah dibawa ke pentas kedua untuk menandatangani Plak Pelancaran GM Truckers. Majlis berakhir dengan jamuan makan dan sidang media dan tamat pada pukul 1.00 petang. Kehadiran pengunjung ke Festival Belia Kelantan kira-kira seramai 20,000 orang. Festival Belia Kelantan 2016 juga turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records bagi acara mencanting batik terpanjang dan acara sewang beramai-ramai oleh masyarakat orang asli.
Pengerusi/ Dirasmikan Oleh
|
YBM Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah - Ahli Parlimen Gua Musang
|
Anjuran
|
Majlis Belia Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan
|
VIP Hadir
|
1) YB. Datuk Mat Yusoff bin Abdul Ghani - ADUN Nenggiri
2) YB Tn. Hj. Ab Aziz bin Yusoff - ADUN Galas
3) YBhg. Dato' Nik Abd Kadir bin Nik Mohammad - TKSU Kementerian Belia & Sukan
4) YBhg. Dato' Hj Makhtar bin Mustapha - Pengarah JPP Kelantan
5) YBrs. Tn Hj Fazam bin Mat Lazim - Pengurus Besar KESEDAR
6) Tuan Saiful Bahri bin Abdullah - Ketua Polis Daerah Gua Musang
7) En. Nor Hisham bin Mohamed - Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang
8) Ketua-Ketua Jabatan Daerah Gua Musang
|
No comments:
Post a Comment