Saya Harap Nizar Bertaubat, Kata Ahmad Zahid
KUALA KANGSAR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertaubat apabila menggunakan nama 'Allah' dalam membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO itu berkata Mohammad Nizar sepatutnya berubah dan bermuhasabah diri kepada Allah apabila tidak lagi menjadi menteri besar.
"Saya tidak terkejut dengan perkataan (yang keluar) dari mulut beliau kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment