Sunday, 5 June 2016






IMBAS KEMBALI                                  

 



Hudud: Campur tangan DAP boleh cetus ketegangan kaum


 | March 23, 2015
PAS perlu mengambil pendirian meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia menjadi halangan kepada pelaksanaan Hudud.
dap_hudud_words_3001KOTA BHARU: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) meminta DAP untuk berhenti campur tangan dalam urusan agama Islam khususnya dalam pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan.
Presidennya Che Azmi Mohd Ali berkata, undang-undang berkenaan adalah hak orang Islam yang tidak perlukan campur tangan pihak lain.
“Hentikanlah campur tangan atau apa sahaja bentuk pendapat yang boleh cetuskan ketegangan kaum kerana ini urusan orang Islam.
“Ini (campur tangan) kerana tindakan tersebut boleh mencetuskan kacau bilau dan perkara yang di luar jangkaan dalam sekelip mata sahaja,” katanya kepada pemberita.
Katanya, kaum lain perlu menghormati orang Melayu dan agama Islam yang diamalkan di negara ini sepertimana yang dilakukan orang Melayu kepada kaum lain.
Dalam perkembangan sama, Che Azmi berkata PAS perlu mengambil pendirian meninggalkan pakatan pembangkang jika ia menjadi halangan kepada pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan kelak.
“Sepatutnya PAS sudah lama sedar dan meninggalkan pakatan berkenaan kerana seperti yang kita maklum sekarang jelas mereka  tidak sehaluan.
Khamis lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan di negeri tersebut selepas 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

No comments:

Post a Comment