Tuesday, 7 June 2016

Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Dadah Bernilai RM1.2 Juta

GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal dadah dan menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah bernilai RM1.2 juta di sebuah pangsapuri di Sungai Ara, Isnin lepas.

Dalam operasi itu, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3,838 pil ecstasy, 8.7 kilogram serbuk ecstasy, 300 gram ketamin, 75 gram kafeina, 105 gram syabu, ganja, 75 kilogram serbuk kafeina dan peralatan pemprosesan dadah dalam unit pangsapuri yang dijadikan makmal.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pasangan suami isteri yang berusia 31 dan 35 tahun ini dipercayai telah menjalankan aktiviti haram itu selama hampir setahun yang lepas.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment