Saturday, 11 June 2016

Keadaan Sultan Johor Stabil, Tidak Perlu Bimbang - MB Johor


JOHOR BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Rakyat tidak perlu berasa bimbang dengan keadaan kesihatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang kini dilaporkan stabil, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata baginda kini sedang berehat secukupnya dan akan sihat seperti sedia kala.

"Saya telahpun melawat baginda pada Jumaat lalu selepas mendapat maklum keadaan baginda. Bagaimanapun, baginda berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

Friday, 10 June 2016

Wednesday, 08 June 2016
 

Timor-Leste Keen To Become Full-Fledged ASEAN Member

By S. Joan Santani


Timor-Leste Prime Minister Rui Maria de Araujo with Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. -- fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR, June 7 (Bernama) -- Timor-Leste is keen to become a full-fledged member of the ASEAN bloc, which upon completion of economic assessments, will see its entry as the 11th member.

Timor-Leste Prime Minister Rui Maria de Araujo said the country has been through the assessments in the the last five years, with the secretariat now having the final report.

"We expect that the next ASEAN meeting in Laos will discuss the results of the assessments after which we will know when Timor-Leste will be formally accepted into the group," he told Bernama on the sidelines of the recent World Economic Forum (WEF) on ASEAN 2016 here.

Pembangkang Gadai Prinsip Kedamaian Dan Keharmonian Kaum - Jamil Khir

YAN, 10 Jun (Bernama) -- Tindakan pembangkang memasang papan iklan dan kain rentang berbaur perkauman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar disifatkan sebagai menggadai prinsip kedamaian dan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan itu menyebabkan keharmonian kaum telah tercalar gara-gara mahu memancing undi.

"Negara ini terkenal dengan perpaduan yang kukuh dengan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mana negara luar telah menjadikan Malaysia sebagai model dan contoh terbaik untuk diikuti.

"Kita bimbang sekiranya provokasi melampau akan berlaku ketegangan lebih teruk sekali gus menyebabkan keharmonian tercalar," katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid dalam Parlimen Jerai di Pejabat UMNO Bahagian Jerai di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata sepanjang Ramadan ini semua parti politik perlu menjalankan kempen secara harmoni dan tidak melangkaui batasan sepatutnya.

"Provokasi seperti yang berlaku pada PRK Sungai Besar baru-baru ini wajar disekat dari awal bagi mengelak insiden tidak diingingi dan kita perlu berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kena memantau kes tersebut," katanya.

Selain papan iklan berunsur perkauman dan fitnah dinaikkan di Sekinchan pada 8 Jun lepas, polis turut menerima laporan berhubung papan iklan berunsur fitnah turut dipasangkan di Kuala Kangsar, semalam.

-- BERNAMA

Wednesday, 8 June 2016

Abuser Richard Huckle's parents 'begged police to take him away'


FROM BBC NEWS UK - 2 JUNE 2016

The parents of a man who committed numerous sex crimes against Malaysian children begged police to take him away, a court has heard.
Richard Huckle, 30, from Ashford in Kent, admitted committing the offences against victims aged between six months and 12 years between 2006 and 2014.
The Old Bailey heard that, when he told his parents what he had done, they called the police.
His sentencing hearing, which began on Wednesday, is due to finish on Friday.
The 91 charges against him related to 23 children from mainly poor communities in the Malaysian capital of Kuala Lumpur.
He admitted 71 of the charges and the prosecutor asked that the other counts "lie on file".

'Upset and angry'

Huckle, a freelance photographer, was arrested at Gatwick Airport by National Crime Agency officials in December 2014.
Prosecutor Brian O'Neill QC told the court that Huckle refused to answer officers' questions and his computer equipment was seized.
He was bailed on condition he return to his parents' home. The next day his mother asked him about the allegations and he admitted he had had sex with children aged between three and 13.

How Huckle was caught




THE BBC'S ANGUS CRAWFORD TRACES THE PATH OF RICHARD HUCKLE IN KUALA LUMPUR

By Angus Crawford, BBC News
One word and a freckle indirectly led to Richard Huckle's arrest.
Police in Australia and Europe were aware of a paedophile site called the Love Zone hidden in the so-called dark web. It was protected by passwords, encryption and specialist software. Users were totally anonymous.
The images and videos there were particularly disturbing - showing the abuse of babies and very young children.

Mr O'Neill said: "His mother was both extremely upset and extremely angry. She and his father called the police and asked them to take their son away.
"Both have made witness statements in support of this prosecution."
It is believed Huckle abused up to 200 children. He boasted about his crimes on the "dark web", saying in one online discussion that "Impoverished kids are definitely much easier to seduce than middle-class Western kids."
Details of the abuse can only now be reported after a court order put in place to protect the victims from other online abusers was lifted.
Huckle, who presented himself as a practising Christian, first visited Malaysia on a teaching gap year when he was 18 or 19. He went on to groom children while doing voluntary work.

Paedophile manual

Investigators uncovered numerous indecent pictures and videos Huckle took of himself abusing girls and boys. More than 20,000 indecent images were found on his computer.
Huckle wrote a paedophile manual called "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide", as well as a series of notes in which he detailed rapes and various sex acts.
The encrypted manual was on Huckle's laptop ready for publication on the "dark web". At his first plea hearing at the Old Bailey, it took more than an hour to read out all the charges.
At an earlier hearing, Judge Peter Rook QC told Huckle the charges amounted to "sexual offending of the utmost gravity" and said he was "considering life sentences" in his case.
An NSPCC spokesman said Huckle's "delight in abusing babies and toddlers" which he boasted about on the internet showed "the depths of his warped depravity".
The charity also called on internet service providers to "cleanse the web of these images and prevent them from being viewed in the first place"

PRK Sungai Besar: Kempen Calon Amanah Dibayangi DAP

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Bernama) -- 'Boneka DAP'. Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur, apabila kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar jelas dibayangi DAP.

Ini dapat dilihat menerusi pendekatan bersemuka dengan rakyat oleh Azhar, khususnya kawasan majoriti Cina yang terpaksa 'mengusung' pemimpin tertinggi DAP untuk sama-sama turun padang berjumpa masyarakat setempat.

Hasil tinjauan Bernama mendapati, usaha Azhar bertemu rakyat di Pasar Sari Selasa di Sekinchan yang turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan itu, Ng Suee Lim juga sedikit hambar.

Apa yang pasti, masyarakat Cina termasuk peniaga di pasar sari itu dilihat lebih teruja berjumpa dan bersalaman dengan Kit Siang dan Suee Lim berbanding Azhar.

Kelihatan sedikit kekok, Azhar yang turun berkempen bersama isterinya, Nor'adzimah Hassanuddin, hanya sekadar tersenyum dan kebanyakan masyarakat Tiong Hua yang ditemui lebih memberikan fokus perbualan kepada pemimpin DAP berkenaan.

DUN Sekinchan dalam Parlimen Sungai Besar mempunyai 16,055 pengundi berdaftar yang mana 9,139 daripadanya adalah kaum Cina, Melayu (6,524 pengundi) manakala bangsa India 363 pengundi.

Berbaki 10 hari lagi tempoh berkempen, kehadiran Azhar ke Pasar Awam Sungai Besar, di sini pula juga disambut hambar yang mana rata-rata rakyat setempat sekadar membalas senyumannya, malah ada juga yang enggan menerima risalah dan sapaannya.

Walaupun jentera Amanah berusaha gigih memperkenalkan calon menggunakan pembesar suara, namun kebanyakan pengunjung pasar awam itu dilihat lebih kepada meninjau dan melihat pergerakan Azhar dan pengikutnya berbanding cuba mendekatinya.

Azhar merupakan calon pertama yang diketengahkan Pakatan Harapan menerusi Amanah bagi pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

-- BERNAMA

Pasang Papan Iklan Berunsur Provokatif Langgar Etika Berkempen - SPR

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Bernama) -- Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

"Pihak SPR sekali lagi mengingatkan bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan menaikkan papan iklan berbaur perkauman dan fitnah di Sekinchan, di sini.

Polis hari ini mengesahkan menerima satu laporan berkaitan perkara itu.

Menjelas lanjut, Mohd Hashim berkata sekiranya melihat kepada perkataan-perkataan pada papan iklan itu, jelas boleh termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan kempen pilihan raya yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran terhadapnya boleh diambil tindakan sewajarnya.

"Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

-- BERNAMA

Tuesday, 7 June 2016

Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Dadah Bernilai RM1.2 Juta

GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal dadah dan menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah bernilai RM1.2 juta di sebuah pangsapuri di Sungai Ara, Isnin lepas.

Dalam operasi itu, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3,838 pil ecstasy, 8.7 kilogram serbuk ecstasy, 300 gram ketamin, 75 gram kafeina, 105 gram syabu, ganja, 75 kilogram serbuk kafeina dan peralatan pemprosesan dadah dalam unit pangsapuri yang dijadikan makmal.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pasangan suami isteri yang berusia 31 dan 35 tahun ini dipercayai telah menjalankan aktiviti haram itu selama hampir setahun yang lepas.

-- BERNAMA