Pembangkang Gadai Prinsip Kedamaian Dan Keharmonian Kaum - Jamil Khir
YAN, 10 Jun (Bernama) -- Tindakan pembangkang memasang papan iklan dan kain rentang berbaur perkauman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar disifatkan sebagai menggadai prinsip kedamaian dan keharmonian kaum di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan itu menyebabkan keharmonian kaum telah tercalar gara-gara mahu memancing undi.
"Negara ini terkenal dengan perpaduan yang kukuh dengan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mana negara luar telah menjadikan Malaysia sebagai model dan contoh terbaik untuk diikuti.
"Kita bimbang sekiranya provokasi melampau akan berlaku ketegangan lebih teruk sekali gus menyebabkan keharmonian tercalar," katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid dalam Parlimen Jerai di Pejabat UMNO Bahagian Jerai di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata sepanjang Ramadan ini semua parti politik perlu menjalankan kempen secara harmoni dan tidak melangkaui batasan sepatutnya.
"Provokasi seperti yang berlaku pada PRK Sungai Besar baru-baru ini wajar disekat dari awal bagi mengelak insiden tidak diingingi dan kita perlu berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kena memantau kes tersebut," katanya.
Selain papan iklan berunsur perkauman dan fitnah dinaikkan di Sekinchan pada 8 Jun lepas, polis turut menerima laporan berhubung papan iklan berunsur fitnah turut dipasangkan di Kuala Kangsar, semalam.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment