Gerakan Bantu Warga Emas Tukar Kad Pengenalan Merah Di Sekinchan
SUNGAI BESAR, 6 Jun (Bernama) -- Kepayahan hidup seorang warga emas pemegang kad pengenalan merah untuk mendapatkan kad pengenalan biru mendapat perhatian Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini.
Naib Pengerusi Gerakan Special Task Force for Citizenship Ben Liew Pok Boon, berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk membantu You Ah Gong, 70, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapnya sekian lama.
"Kami (Gerakan) akan membantu You sehingga dia mendapat IC biru kerana dia melalui banyak kesukaran seperti susah dapat kerja dan mendapat bantuan kerajaan (BR1M)," katanya kepada pemberita semasa melawat rumah You di Sekinchan, Selangor hari ini. You yang pernah bekerja sendirian sebagai pembuat perabot menzahirkan rasa terima kasih kepada Gerakan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya sejak dia dilahirkan 70 tahun lalu.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment