Nor Amalina Alias
Bachok: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengumpul 100,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Azmi Ali berkata, tandatangan itu akan dikutip di seluruh daerah di negeri ini dalam tempoh terdekat.
Katanya, tandatangan berkenaan sebagai simbolik bagi menyatakan ikrar rakyat Kelantan yang menyokong sepenuhnya perlembagaan negara dan mempertahankan pemimpin yang di pilih secara sah oleh rakyat melalui sistem pilihanraya.
"Kita lihat Perdana Menteri dah berjaya menyelesaikan beberapa isu berbangkit dan kita perlu bagi ruang untuk beliau menjalankan tugas. Jangan ikut berpecah belah dengan pihak yang mahu ambil kesempatan.
"Kalau nak jatuhkan beliau (PM), jadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Perpaduan dan Tautan Kasih MTRK bersama UMNO Bachok dan masyarakat setempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teratak Pulai, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 7:32 PM
No comments:
Post a Comment