PAS Tidak Bimbang Saingan Amanah Di PRK Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR, 5 Jun (Bernama) -- PAS yang turut ditentang parti serpihannya, parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, yakin pengundi mereka tidak akan berpecah di kawasan itu.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan prestasi PAS pada pilihan raya umum yang lepas, beliau yakin calon mereka mampu melakar kejayaan di PRK itu.
"Kami yakin dapat mencapai kejayaan jika dilihat pada prestasi kami pada pilihan raya umum yang lalu, kerana pengundi PAS tidak pernah berpecah dan itu pasti akan memberi kemenangan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), PAS memperoleh 13,136 menerusi calonnya Khalil Idham Abdullah yang tewas kepada calon BN Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang memperoleh 14,218 undi (BN menang majoriti 1,082).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
PRK Kuala Kangsar itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Amanah dan Bebas.
Pada PRK ini, PAS diwakili Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, manakala BN diwakili Datin Mastura Mohd Yazid, Amanah (Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli) dan calon Bebas (Izat Bukhary Ismail Bukhary).
Abdul Hadi sebelum itu bersama penyokong PAS, mengiringi Najihatussalehah ke pusat penamaan calon.
Sementara itu calon PAS Dr Najihatussalehah berkata janji beliau kepada pengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah membawa mesej 'Amar Maaruf Nahi Mungkar'.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata calon yang dikemukakan Amanah adalah calon terbaik untuk bertanding dalam PRK kali ini.
Mengulas mengenai strategi parti Amanah semasa berkempen Salahuddin berkata parti itu akan terus berkempen walaupun semasa bulan Ramadan.
"Kami hormati pengundi, perbezaan, kemukakan politik baru yang lebih matang. Konsep kempen kami sesuai sepanjang zaman tidak menjadi masalah walaupun bulan Ramadan," katanya.
Sementara itu calon Bebas Izat Bukhary yang akan bertanding menggunakan lambang 'Pen' berkata beliau akan meneruskan apa yang telah dilakukan di Parlimen Kuala Kangsar dan memastikan pelaksanaan Islam berada di landasan sepatutnya.
"Saya berasal dari Kota Baharu, Kelantan tetapi isteri saya orang Kuala (Kuala Kangsar). Jadi buat masa ini saya akan teruskan apa yang ada dan pastikan Islam di landasan sepatutnya," katanya.
Izat Bukhary sebelum ini pernah bertanding atas tiket Bebas bagi DUN Chempaka pada PRU13.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh mengundi.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment