Sunday, 5 June 2016

Penumpang MH01 Sangka Akan Mati Ketika 

Pesawat MAB Hadapi Gegaran Udara


PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01, yang mengalami gegaran udara semasa dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur hari ini, menyangka beliau akan menemui ajal semasa gegaran menakutkan itu berlaku.

Wanita warga Singapura berusia dalam lingkungan 50-an itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, berkata gegaran udara itu berlaku kira-kira lima minit dalam masa tiga jam sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Saya duduk di bahagian dek atas. Pesawat itu seakan-akan terhentak ke bawah sebelum melambung semula ke atas. Ketika itu, anak kapal hendak mengedarkan makanan kepada penumpang...saya lihat bungkusan makanan bertaburan daripada troli makanan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment