Monday, 6 June 2016

Britain Akan Kerjasama Dengan Malaysia Lindungi Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Britain menyuarakan kesediaannya untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang perisikan jenayah dan dasar perlindungan kanak-kanak, termasuk dengan pihak berkuasa Malaysia.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Britain berkata United Kingdom (UK) memandang dengan amat serius kes pedofilia dan kesalahan terhadap kanak-kanak.

"Sekiranya warga Britain melakukan kesalahan demikian tidak kira di mana sahaja di dunia, kami akan berusaha membawa pelakunya ke muka pengadilan dan memastikan mangsa mendapat perlindungan dan rawatan sewajarnya. Kerjasama antarabangsa sangat penting dalam hal ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment