Masjid Di Kuala Lumpur Siap Sedia Sambut Ramadan
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru di sini kini bersiap sedia untuk mengagihkan bubur lambuk semasa bulan puasa seperti tahun-tahun lepas yang kali ini juga 10,000 bungkusan akan diagih setiap hari.
Ketua Bahagian Penyediaan Masakan masjid berkenaan Zainal Abidin Abdul Hamid berkata pihak mereka telah membuat persediaan untuk memasak 20 periuk bubur lambok setiap hari.
"Walaupun orang ramai merasakan jumlah 10,000 bungkus itu banyak, namun setiap hari bungkusan bubur akan habis hingga ada yang beratur lama gagal untuk mendapatkannya," katanya kepada Bernama hari ini.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment