Sunday, 5 June 2016

Ibu Tetap Tabah Walaupun Ditohmah - Wan Emir Astar

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Bernama) -- Anak sulung kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, berkata ibunya tetap tabah dalam mendepani pelbagai tohmahan dilemparkan di media sosial.

Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 26, yang menggalas tanggungjawab besar untuk berkempen bagi pihak ibunya yang masih dalam edah itu berkata mereka sekeluarga tetap utuh bersatu dalam menghadapi apa jua ujian.

"Kami hanya perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain," katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment