Tuesday, 7 June 2016

Sederhana, Jangan Bazir Makanan Semasa Ramadan - Najib


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadan ini.

"Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.

"Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini," kata perdana menteri di laman Twitter dan Facebook beliau.

Dalam Facebooknya itu, Najib turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan sememangnya ditekankan dalam Islam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment